Monday, December 6, 2010

bagaiman ikan boleh bernafas di dalam laut?

Air beroksigen masuk ke mulut ikan,kemudian dihantar ke insang yang dipenuhi arteri kecil.Oksigen yang terdapat di arteri kecil pula akan diserap dan dihantar ke seluruh ikan badan ikan!Selepas proses itu,air yang selebihnya akan keluar dari belakang insang.....

Sunday, November 21, 2010

pengetahuan am


Taman negara Serengeti di Tanzania bahagian Afrika Timur.Dirasmikan pada tahun 1941 dan berkeluasan 14,800 kilometer persegi.Purata hujan tahunan kurang daripada 800 milimeter padu.Jadi boleh dikatakan ia memiliki cuaca savana tropika.Kebanyakan tumbuhan di kawasan ini terdiri daripada pokok renek dan rumput.Pokok akasia merupakan salah satu tumbuhan yang lebih tinggi.Disebabkan terdapat banyak haiwan di Serengeti dan berlakunya migrasi haiwan pada waktu tertentu setiap tahun,Pertubuhan Pendidikan,Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) telah menyenaraikan Taman Negara Serengeti sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 1981.
        Kira-kira tiga juta haiwan mamalia bersaiz besar seperti wildebeest,antelop dan kuda belang hidup di Serengeti.Malah dikatakan terdapat kumpulan wildebeest mencecah 1.5 juta ekor!Wildebeest mempunyai tabiat kehidupan yang unik.Selepas berehat pada musim sejuk dari Disember setiap setahun hingga Mei tahun berikutnya,wildebeest akan bermigrasi secara berkumpulan ke padang rumput utara sebelum musim kemarau menjelang .Suasana migrasi itu amat mengagumkan!





WILDEBEEST