masa zaman Nabi Muhammad S.A.W.
suatu hari,ali hendak pergi ke masjid bagi mendirikan solat subuh secara berjemaah.namun di tgh perjalanan,beliau melihat seorang yang sudah lanjut usianyajuga sedang berjalan menuju ke masjid.disebabkan dia sudah tua,maka langkah kakinya begitu lambat.pada masa itu,ali berhadapan dgn 2 pilihan,iaitu antara tetap berjalan di belakang orang tua itu bagi menghormatinya ataupun mendahului jalan orang tua berkenaan.namun begitu,pilihan pertama akan menyebabkan beliau tertinggal solat subuh berjemaah.akhirnya,ali memilih untuk tidak mendahului orang tua itu.apabila orang tua itu sampai di halaman masjid,dia tidak pula ke masjid.rupa-rupanya,dia adalah seorang ahli kitab (BUKAN ISLAM TETAPI BERIMAN KEPADA KITAB TAURAT DAN INJIL).selepas itu,ali terus masuk ke dalam masjid.beliau mendapati Rasulullah dan para jemaah masih dalam kedudukan rukuk.maka ali pun segera mengerjakan solat subuh.jadi,beliau tidak terlepas solat subuh.
ada hadis mengatakan,pada waktu solat subuh itu dikerjakan,belakang Rasulullah ditahan oleh malaikat demi menunggu kedatangan ali.
hadis yang lain pula mengatakan,Allah memerintahkan malaikat menunda terbitnya matahari demi menghormati sikap ali yang menghormati lelaki tua itu.
hakikatnya,hanya Allah yang tahu.
Thursday, February 3, 2011
Monday, December 6, 2010
bagaiman ikan boleh bernafas di dalam laut?
Air beroksigen masuk ke mulut ikan,kemudian dihantar ke insang yang dipenuhi arteri kecil.Oksigen yang terdapat di arteri kecil pula akan diserap dan dihantar ke seluruh ikan badan ikan!Selepas proses itu,air yang selebihnya akan keluar dari belakang insang.....
Sunday, November 21, 2010
pengetahuan am
Taman negara Serengeti di Tanzania bahagian Afrika Timur.Dirasmikan pada tahun 1941 dan berkeluasan 14,800 kilometer persegi.Purata hujan tahunan kurang daripada 800 milimeter padu.Jadi boleh dikatakan ia memiliki cuaca savana tropika.Kebanyakan tumbuhan di kawasan ini terdiri daripada pokok renek dan rumput.Pokok akasia merupakan salah satu tumbuhan yang lebih tinggi.Disebabkan terdapat banyak haiwan di Serengeti dan berlakunya migrasi haiwan pada waktu tertentu setiap tahun,Pertubuhan Pendidikan,Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) telah menyenaraikan Taman Negara Serengeti sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 1981.
Kira-kira tiga juta haiwan mamalia bersaiz besar seperti wildebeest,antelop dan kuda belang hidup di Serengeti.Malah dikatakan terdapat kumpulan wildebeest mencecah 1.5 juta ekor!Wildebeest mempunyai tabiat kehidupan yang unik.Selepas berehat pada musim sejuk dari Disember setiap setahun hingga Mei tahun berikutnya,wildebeest akan bermigrasi secara berkumpulan ke padang rumput utara sebelum musim kemarau menjelang .Suasana migrasi itu amat mengagumkan!
Kira-kira tiga juta haiwan mamalia bersaiz besar seperti wildebeest,antelop dan kuda belang hidup di Serengeti.Malah dikatakan terdapat kumpulan wildebeest mencecah 1.5 juta ekor!Wildebeest mempunyai tabiat kehidupan yang unik.Selepas berehat pada musim sejuk dari Disember setiap setahun hingga Mei tahun berikutnya,wildebeest akan bermigrasi secara berkumpulan ke padang rumput utara sebelum musim kemarau menjelang .Suasana migrasi itu amat mengagumkan!
![]() | ||||||
| WILDEBEEST |
Subscribe to:
Posts (Atom)

